About Us

Thursday, June 30, 2011

Air Terjun Terbesar Di Dunia (Sangat Cantik!)

Disebabkan saya sangat sukakan air terjun, malam ni saya nak update entri pasal air terjun terbesar di dunia. Entah bila saya akan sampai ke sana tak tahulah..hehehehe..

1) AIR TERJUN VICTORIA

Air terjun Victoria Yangg terletak Di antara Zambia dan Zimbabwe




2) AIR TERJUN NIAGARA







3) AIR TERJUN IGUAZU





4) AIR TERJUN GUAIRA



5) AIR TERJUN PLITVICE



Subhanallah.....betapa cantiknya alam ciptaan Allah ini...

Tuesday, June 28, 2011

Review Filem Rasuk

Baru lepas tengok filem rasuk dengan kawan saya Aina & Zira sabtu lepas. Dah lama tak “dating” bertiga jer dengan diaorang. So, weekend hari tu memang saya spend time betul2 dengan diaorang. Walaupun time tu saya tengah sakit pinggang, tapi degil jugak nak keluar.Huhuhuhu…

Kalau tengok wayang, memang horror movie tentu sekali jadi my favourite choice. Saya memang suka bangat filem genre mcm ni walaupun saya ni bukanlah kategori yang berani sangat. Hehehe…Ok, berbalik pada filem Rasuk ni, dari 5 bintang saya boleh bagi 3.5 bintang untuk filem ni.



SINOPSIS:

Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.

Setelah kejadian itu Melati berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut. Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. 

Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Dia sebenarnya telah dirasuk oleh roh jahat yang cuba untuk membalas dendam yang secara tidak sengaja telah di’bangkit’kan oleh Melati. Keadaan bertambah rumit apabila Melati diganggu makhluk itu semasa ketiadaan Arman. Melati telah di cabul tanpa disedari. Akibat dari itu, Melati tidak bermaya dan tubuh badannya terdapat kesan-kesan lebam. Doktor berpendapat yang Melati miliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru lalu menuduh semua yang berlaku adalah angkara Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menidakkannya kerana Mail membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’.

Mail, tukang kebun yang ‘bodoh-bodoh alang’ telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu kehidupan Arman dan Melati diganggu oleh makhluk tersebut. Arman diganggu tanpa disedari apabila makhluk tersebut berupa seperti Melati. Arman terpedaya sehingga mampu meragut nyawanya ketika berada di dalam hutan di belakang banglo tersebut. Arman kemudiannya telah diselamatkan oleh orang asli.

Arman semakin runsing, akhirnya dia dibantu oleh Ustaz Ghazali untuk menyelesaikan gangguan tersebut. Ustaz Ghazali sememangnya sedari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut melihat kepada hal-hal ganjil yang berlaku terhadap Arman dan Melati. Mail akhirnya membongkar cerita bahawa semasa zaman pemerintahan Jepun, seorang tentera Jepun telah digantung sehingga mati di rumah tersebut kerana cuba menggoda gadis Melayu bernama Melati. Melati berjaya memperdaya tentera Jepun tersebut dengan ‘menggoda’nya ke bilik. Di dalam bilik tentera tersebut telah ditangkap dan dibunuh. Sejak dari kejadian itu keluarga Melati tidak tinggal di situ lagi. Akhirnya dengan bantuan Ustaz Ghazali dan berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu tewas.

KOMEN SAYA:

Untuk yang takutkan jelmaan hantu, korang tak payah risau sebab dalam filem ni memang korang takkan tengok hantu lansung sebab hantu memang takkan mucul dengan wajah yang hodoh macam filem filem seram yang lain. Filem ni hanya menggunakan kamera sebagai hantu. Kita hanya boleh dengar suara tapi memang takkan lihat hantu. Satu pembaharuan dalam filem seram bila menggunakan teknik kamera sebagai gentian hantu.Kira view yang kita nampak dari kamera adalah view yang mewakili hantu tu sendiri.

Dari sudut penataan bunyi untuk filem ni bagi saya memang terbaik. Sound effect saja sudah cukup untuk buat bulu roma saya meremang walaupun hantu tak muncul muncul pun dekat skrin! Adakalanya bila sound effect kuat sangat, telinga saya terasa bingit sedikit. Tetapi, mujurlah cuma di awal cerita. Kalau tidak, boleh pekak sekejap telinga saya disebabkan bunyi yang terlalu kuat!Hehehe…

Lakonan Fauziah Gous sebagai Melati, wanita yang dirasuk hantu jepun memang sangat mantap! Lakonanya nampak natural dan hidup. Dengan effect wajah dan suara garau yang menyeramkan pujian harus diberikan untuk dirinya. Walaupun hantu tidak menunjukkan diri dalam filem ni, tapi rasukan yang dialami Melati memang sangat menakutkan. Beberapa kali kawan saya, Aina asyik memeluk lengan saya kuat sebab takut sangat. Rasukan hantu pada tubuh Melati memang nampak real! (Buat saya teringat kembali pengalaman saya melihat orang dirasuk hantu masa remaja dulu).

Tetapi, ada jugak yang saya rasa sedikit kurang dan tidak faham dengan Filem ni. Contohnya, untuk watak doktor yang kerjanya hanya ketawa 24 jam. Saya tak faham apa yang hendak ditonjolkan sangat untuk watak doktor tu. Sakit hati pun ada bila tengok dia asyik gelak je bila rawat pesakit.. Paling saya tak faham adalah perkaitan antara kisah silam doktor itu dan juga hantu jepun yang merasuk Melati. Penonton jadi tertanya tanya kenapa hantu jepun tu marah sangat dengan doktor tu sedangkan dalam filem tu hanya menjelaskan tentang “dendam” hantu jepun tu pada keturunan keluarga Melati sahaja.  Dari segi lain, filem ni memang best dan sarat dengan mesej agama. Tak rugipun tengok sebenarnya. Pada yang sukakan filem bergenre seram, apa lagi, trylah tengok filem ni !

Monday, June 27, 2011

10 Jenis Siksaan Yang Menimpa Wanita Penghuni Neraka


Inilah sepuluh jenis siksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Isra dan Mikraj, inilah peristiwa yang membuat Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.


Dalam perjalanan itu, antaranya Rasulullah SAW diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambutnya, sementara itu otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mau melindungi rambutnya agar tidak dilihat lelaki lain.

Siksaan lain yang diperlihatkan Rasulullah SAW ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Rasulullah SAW juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang mampu sholat dan berpuasa tetapi tidak mau mengerjakannya, tidak berwudhu dan tidak mau mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi yaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Rasulullah SAW melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sementara di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Rasulullah SAW juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting neraka. Mereka adalah perempuan yang suka mencari perhatian orang lain agar melihat perhiasan dirinya.
Siksaan lain yang dilihat Rasulullah SAW ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keledai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Rasulullah SAW lihat (10) bentuk rupanya seperti anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Tulisan ini tidak bermaksud menyudutkan wanita atau menempatkan wanita sebagai sumber dosa.
Inilah keadaan seadanya yang sesuai riwayat yang ada.

Sumber : NN (Diambil dari kebunhikmah. com)

Sunday, June 26, 2011

Gambar Kad Pengenalan Perdana Menteri Malaysia


Pernah tengok gambar kad pengenalan Perdana Menteri kita? Saya rasa mungkin dah ramai yang tengok. Tapi pada yang belum, apa lagi, tengoklah ye! Inilah kad pengenalan pemimpin utama negara kita =)










Dalam semua ni hanya gambar kad pengenalan Datuk Sri Najib Tun Razak sahaja yang tak ada. Apapun, tahniah diucapkan untuk semua PM kita sebab berjaya memerintah negara ini sehingga maju dan aman damai! Terima kasih semua =)

Wednesday, June 22, 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur ?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.



Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.


Thursday, June 16, 2011

Elakkan Menggunakan Perkataan "Kalau" sewaktu ditimpa Musibah

Masuk hari ini, sudah bermacam dugaan yang terpaksa saya hadapi. Masalah yang datang bertimpa timpa. Lepas satu, satu masalah datang. Seperti hari ini,awal-awal pagi lagi, sewaktu hendak ke pejabat, saya ditimpa musibah yang bagi saya agak besar. Mujurlah, ada orang yang baik hati sudi membantu saya. Sepanjang masa saya di pejabat, satu kerjapun saya tak mampu nak siapkan.

Hati saya mudah sangat jadi bimbang, risau selagi masalah yang saya hadapi tak dapat diselesaikan. Mak saya selalu cakap saya ni cepat "panik" dan "kelam kabut". pantang ada masalah sikit, saya mudah susah hati. Sampaikan nak makanpun dah tak berselera....Walaupun dah berkali kali saya kuatkan semangat dan cuba bersabar, saya susah juga hendak bertahan. Berbulan bulan saya cuba kuatkan semangat dengan dugaan yang tak putus putus, akhirnya saya menangis juga. Saya jadi  lemah sangat. Saya memang tak kuat semangat. Bila terlalu banyak masalah dan dugaan yang saya hadapi, saya cepat nak menangis. Sedih =(  Memang inilah kelemahan saya sejak dulu.

Saya hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan saya hari ini. Saya berdoa semoga masalah saya ini cepat selesai. Hanya Allah sahaja yang boleh membantu saya. Syukur Alahamdulillah, masalah yang saya hadapi selesai juga. Dan saya tak terfikir lansung yang musibah itu selesai dengan cara begitu! Sedangkan sebelum ini saya sudah berfikir bermacam macam hal. Subhanallah...Memang inilah yang dinamakan hikmah bersabar.

Bersama ini, saya nak kongsikan serba sedikit tentang hikmah dugaan yang Allah berikan kepada kita untuk panduan kita bersama. Semoga kita semua menjadi lebih sabar dengan setiap dugaan dan ujian yang datang. Insya-Allah...




“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )


Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang (dengan berbagai cubaan). Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datang pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah: 214)




Elakkan berkata Kalau


Hadith:
Sabda Rosululloh صلى الله عله وسلام yang bermaksud:"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:"Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan."
(Hadith Riwayat Muslim)




Huraian:

1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.



2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.



3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.




Tuesday, June 14, 2011

Kasih Yang tak Ada Expired Date

ABADI atau KEKAL bagi saya sama saja maksudnya. Semua orang ingin merasai diri dikasihi dan disayangi. Kasih sayang itu lumrah alam. Tak ada satupun hidupan di muka bumi yang tak mahu dikasihani. Hatta haiwan pun mahu disayangi.

Seganas ganas harimau dan singapun mereka tetap ada sifat kasih sayang. Sebisa bisa ularpun, mereka tahu berkasih sayang. Mungkin kasih sayang yang ditunjukkan mereka tak sama macam manusia, tetapi bagi saya mereka yang tak berakal itu jauh lebih bagus dari manusia yang tak tahu sayangkan anak sendiri. Haiwanpun tahu sayangkan anak, tetapi manusia, anak yang dilahirkan cukup sifat, sihat tubuh badan dicampak ditepi jalan, dibuang kedalam tong sampah, paling menyayatkan bila dicampak jatuh dari bangunan tinggi…Kejamnya!



 Dunia percintaan untuk si teruna dan dara semuanya indah belaka. Yang burukpun nampak cantik. Yang busukpun jadi wangi..Yang jijik pun jadi suka…


Ya!
Saya sangat sayangkan kamu!
Ya! 
Saya cintakan kamu sangat-sangat!
Ya!
Saya janji akan menemani kamu hingga kehujung hayat saya!
Ya!
Saya takkan sia-siakan hidup kamu!


Ayat ayat cinta di atas bagi saya adalah ungkapan ‘NORMAL” ketika bercinta. Bagi saya, ayat-ayat diatas semuanya mudah untuk diucapkan. Tak kiralah bagi pihak perempuan ataupun lelaki. Tetapi, untuk membuktikannya berapa kerat sangatlah yang mampu?

Isteri lari ikut kekasih tinggalkan anak-anak dan suami


Suami pukul isteri sehingga Koma


Wanita maut dibunuh kekasih angkara cemburu


Selepas disahkan menghidap penyakit kronik, wanita diceraikan suami dengan talak tiga


Hancur luluh hati suami lihat isteri sedang berasmara dengan teman lelaki di hadapan mata sendiri


10 Tahun wanita menderita Didera suami sendiri


Bakal pengantin lari tinggalkan rumah sehari menjalang hari perkahwinan










Dan banyak lagi berita berita yang terkandung didalam akhbar yang tak tertulis disini. Saya tidak pandai untuk menjawab semua permasalahan ini. Apatah lagi saya masih belum berumahtangga. Belum merasa pahit manis alam perkahwinan. Namun, kalau panjang umur saya, kalau sampai jodoh saya, pasti sayapun akan melalui semua ini.Insya-Allah..

Persoalan saya..
Adakah perasaan sayang itu hanya wujud ketika senang sahaja?
Apakah perasaan kasih itu ada expired date nya?
Apakah ikrar cinta itu hanya dilakukan ketika bercinta sahaja?
Apakah kehidupan “bahagia sangat sangat” itu berlaku di awal perkahwinan saja?
saya tak dapat menjawab soalan itu..
Saya hanya mendengar “cakap-cakap” orang,
Benar atau tidak..
Wallahualam....

Bagi saya, cinta manusia itu memang hebat,



Cinta boleh buat orang yang waras jadi gila,


Cinta juga boleh buat orang yang sihat menjadi sakit,


Cinta juga mampu mengubah si jahat menjadi baik..


Cinta Boleh membuatkan anak yang soleh menjadi derhaka,


Begitu besarnya impak cinta pada manusia..



TETAPI...

Jika kita mencari cinta yang ABADI..

Jika kita inginkan Cinta yang paling HEBAT

Jika kita mahukan Cinta yang paling INDAH

Kejarlah Cinta pada Ilahi..

Kerana Cinta pada-Nya sajalah yang kekal selamanya..

kerana DIA sentiasa ada disisi kita disaat susah dan senang
kerana DIA sentiasa mendengar tiap keluh kesah yang terbit dari hati dan bibir kita,
kerana DIA maha Pengampun dan penyayang..
Kerana DIA takkan pernah meninggalkan kita keseorangan..
Mintalah, doalah dimanapun kita berada..Dia sentiasa mendengar..



Mungkin kita tidak bernasib baik dalam percintaan dengan MANUSIA,
Mungkin kita selalu merasa sakit Mencintai si ADAM mahupun si HAWA,
Cinta Pada manusia ada yang palsu, dusta dan penuh kesengsaraan..
Tetapi Cinta pada Allah, begitu hebat nikmatnya,
Kasihnya tak ada penghujung..

Janganlah menyalahkan takdir bila kita dipertemukan dengan insan yang salah,
Janganlah terlalu bersedih bila diri kita tak dihargai..
Ujian Allah itu besar hikmahnya,
Bukankah dugaan Allah itu tandanya Allah sayangkan kita?
Berdoalah semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapi setiap cabaran dan dugaan..
Berdoalah semoga dipertemukan dengan insan terbaik buat kita..



Letakkanlah Cinta pada Ilahi melebihi Cinta kita pada manusia..
Kerana Cinta pada Allah , cinta yang hakiki..
Cintailah dirinya kerana cintanya pada pencipta,
Cintailah dirinya kerana kasihnya yang tak berbelah bahagi pada agama..
Insya-Allah..kebahagiaan itu akan jadi milik kita..

Wednesday, June 8, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 27





Maaf terpaksa remove n3 untuk bab ini kerana memberi laluan kepada proses penyiapan manuskrip untuk novel ini. Thank's pada semua yang menyokong saya selama ini =)