Entri yang dah lama sangat saya nak tulis dekat blog ni.
Sejak saya tak pregnant lagi memang saya ada simpan hasrat nak tulis pasal
benda ni. Baru sekarang ada masa nak menulis.
Saya bukan kategori mom to be yang bunting pelamin.
Means..lepas kawen terus pregnant. Mungkin sebab saya kawen dulu xde pelamin so
saya tak rasa ayat “bunting pelamin” tu praktikal untuk saya. Tapi bukan
maksudnya saya & suami tak nak anak cepat2.
Saya berserah pada rezeki. Kalau cepat, Alhamdulillah…kami terima dengan
senang hati tapi kalau lambat kami fikir aje positif. Bukan rezeki lagi. Pasti
ada sebab & hikmahnya kenapa rezeki “anak” tu belum sampai lagi.
Apa yang saya nampak dalam majority masyarakat melayu ni,
ramai yang buat perkahwinan sesetengah pasangan tu macam satu perlumbaan siapa yang paling cepat
pregnant atau dapat dapat anak dulu. Macam satu kebanggaan tak terhingga kalau dapat
pregnant awal then yang pregnant lewat ni di anggap tak suburlah..banyak
masalah kesihatanlah.. lemahla, tak power. Hmm….Boleh pulak buat perbandingan
yang si polan ni kawen lambat dah pregnant yang si polan ni kawen dulu tak
jugak pregnant2 lagi. Bukan semua orang macam tu..tapi ada jugak yang lansung
tak menjaga sensitiviti hati dan perasaan orang lain dengan mengeluarkan
ayat-ayat yang bagi saya layak buang dalam tong sampah saja. Mereka ni lupa ke
yang anak tu rezeki dari Allah? Mereka lupa ke yang manusia ni bukan tuhan.
Allah tak janji yang setiap yang berkahwin tu akan dapat anak cepat, Allah tak
janji pun setiap yang berkahwin tu akan dapat anak. Tapi kita tahu yang
Perkahiwnan tu boleh bawa macam2 pahala untuk suami dan isteri. Perkahwinan tu
menghalalkan hubungan dua makhluk Allah yang saling menyayangi. Allah janji
yang isteri yang baik, yang patuh pada suami , menjaga aurat & solatnya
bakal masuk syurga. Kenapa orang luar masih nak bising2 soal “anak” sedangkan
pasangan tu sendiri redha & bahagia dengan apa yang mereka ada? Siapa yang
kahwin taknak anak? tapi kalau dah macam2 usaha buat, berdoa, berikhtiar tapi
masih belum dikurniakan anak, layakkah mereka dihentam? Ini TAKDIR. TAKDIR. Mereka
sedang di uji.
Jangan pandang orang yang lambat dapat anak ni or orang yang
tak ada anak ni tak bahagia, tak lengkap hidupnya. SALAH! Cuba bagitau
saya..ada tak pasangan yang ada anak tu tak pernah ada masalah? Tak ada yang
bercerai birai? Tak ada ke? Rasanya kalau baca ruangan masalah rumah tangga
atau kes mahkamah ramai je yang ada anak tapi bercerai, suami buat hal….Anak
bukan jaminan yang rumahtangga tu akan bahagia & berkekalan. Kalau selidik
faktor penceraian pun, soal “anak” ni tak masuk pun dalam kategori antara
punca2 utama pasangan bercerai. Memang anak tu pengikat kasih sayang tapi
layakkah kita sebagai manusia, sebagai hamba nak mempertikaikan apa yang Allah
takdirkan pada manusia lain? Siapa kita nak mencabar takdir Allah? Kita sebagai
hamba boleh berusaha….dari segi perubatan moden or tradisional, boleh berdoa
tapi hanya Allah sahaja yang boleh beri rezeki tu pada kita. So, jaga mulut.
Jangan menghina golongan yang lambat dapat rezeki anak ni. Kita tak tahu yang sebenarnya
banyak keistimewaan lain yang Allah bagi pada mereka. Banyak kelebihan lain
yang mereka ada berbanding kita yang mungkin dikurniakan ramai anak. Anak tu
rezeki. Anak tu anugerah tak ternilai untuk kita. Pada mereka yang punya anak,
bersyukurlah dengan anugerah hebat ni. Kita tak tahu apa akan jadi masa depan.
Mungkin kita di uji dengan anak kita sakit atau apa-apa lagi ujian. Sp, tolong
jangan terlalu berbangga dan mendabik dada depan mereka yang belum dikurniakan
anak sebab kitapun tak tahu apa akan jadi di masa depan. Ujian & dugaan
Allah untuk manusia tu satu rahsia. Dan setiap manusia Allah dah tetapkan
rezeki masing2. Jangan banding2kan. Kita ada kelebihan & kekurangan masing2.
Terlebih di sini, pasti ada terkurang ditempat lain. Tak ada yang sempurna pun…
Bercerita pengalaman sendiri. 10 bulan saya kahwin baru saya
tahu saya pregnant 6 minggu. Means, Rahim saya ni kosong sehinggalah bulan ke-9
perkahwinan kami. Setakat sindiran orang tu saya dah rasa lali. Saya tak pernah
ambik hati atau rasa sensitive kalau orang tanya saya, “dah berisi ke belum”.
Soalan yang bagi saya setakat bertanya khabar. Saya tak kisah..tanyalah dan
saya mesti jawab dengan senang hati & minta mereka doakan yang saya jugak
cepat dapat anak. Tapi yang selalu buat saya terasa @ terkilan bila orang mempertikaikan
& buat macam benda pelik bila saya masih tak pregnant2 lagi.Lepas 4 bulan
kawen, boleh pulak orang tanya saya kenapa lambat sangat dapat anak?
Hey..hallo! baru 4 bulan kawen ok. Lama sangat ke? Ada yang tunggu sampai 14
tahun baru dpt anak.
BIla cakap
belum..takde rezeki lagi, cakap pulak kita ni merancang. Padahal takpun. Tapi
bagi saya kalau merancang pun kalau Allah nak bagi anak, akan mengandung jugak
walau merancang cam mana pun. Kuasa Allah tak ada siapa dapat tandingi. Paling sedih bila ada pulak yang terang2
bangga diri depan saya yang dia kawen lambat wife dia pregnant dulu. Cakap
husband saya tak power la..kami xpandai buat anak la. (Maaf..bukan 18sx ya)..
Bagi saya ni satu gurauan yang keterlaluan dan tahap melampau. Saya tak kawen
dgn husband saya semata-mata nak berlumba dengan kawan2 saya siapa dapat anak
dulu or siapa bunting pelamin dulu. Ini soal rezeki bukan pertandingan. Rahim
perempuan ni bukan mesin. Yang bila telan je apa2 sample terus jadi anak dalam
tu. Bercakap macam kita ni tak ada perasaan. Saya selalu rasa yang saya dah
bersedia jadi ibu, husband saya pun selalu cakap dia dah sedia nak jadi bapa.
Kita cakap dah sedia tapi Allah tahu waktu bila yang kita ni “bersedia”, waktu
bila yang terbaik untuk kita terima rezeki dari DIA. Perancangan Allah tu yang
peling terbaik. Kalau lambat mesti ada hikmahnya. Kita je yang tak tahu. Tapi
kalau dapat anak awal, jangan kata kita tak ready, xlayak lagi jadi ibubapa
lagi sebab Allah lebih tahu samaada kita ni layak ke tak. Mungkin hati &
mulut kata tak sedia tapi Allah tahu waktu tu waktu paling tepat untuk dia bagi
rezeki anak dekat kita walaupun baru sangat je kawen. Dia tahu kita dah
layak..dah sedia. Kita boleh jaga anak sendiri dah. Bersyukurlah kerana korang
anatara orang-orang terpilih untuk dapat zuriat awal.
Masa saya masih berdua dengan husband, belum ada rezeki
anak, kami just enjoy every single moments yang ada. Tak perlu nak stress sangat
fikir pasal rezeki yang belum dapat. Nikmati apa yang ada depan mata sebahagia
mungkin. Saya ada juga usaha dari segi pemakanan tapi xdelah sampai tahap
stress melampau nak anak cepat2. Takdelah hari-hari fikir pasal nak anak. Saya
tak rasapun saya & husband ada kurang apa2..enjoy hidup berdua sebab time
bercouple dulu mana ada masa nak bercinta sakan. Lagipun kami fikir positif.
Bagi saya, mungkin Allah nak bagi saya masa yang lebih untuk layan suami, untuk
berbakti pada dia. Kumpul amal banyak2 sebagai isteri. Gi berjalan sana sini
dengan husband, masih lagi keluar jumpa kawan2 dekat luar sama2. Kami penuhkan
rumah kami dengan semua keperluan. Kira awal2 kawen tu kami Berjaya la
lengkapkan rumah kami. Then, stabilkan kewangan kami. Dah prepare dah siap2
belanjawan bila ada baby nanti. So..kami tak stress atau rasa rendah diripun
dengan kekurangan kami ni. Tak dapat baby awal, buat dulu apa benda yang kami
nak buat especially dr segi duit. Kalau nak rasa nak belanja itu ini, sekarang
la masanya.
Rezeki nak anak awal tak dapat, tapi saya tahu ada lagi rezeki
lain yang Allah bagi tanpa kami minta. Lagipun, kami bersyukur sebab dapat
family yang sangat memahami. Family saya & family in law tak pernah
sekalipun tanya kami pasal anak sampailah saya bagitau mereka sendiri yg saya
dah pregnant. So, kami tak tertekan. Satu lagi saya positif je bila tahu kawan2
saya dah pregnant, positif je baca entri2 pregnancy kawan2 dekat blog. Happy
buat macam tu. Tak nak terasa hati or rasa rendah diri sebab saya tak pregnant
lagi. Bagi saya tak salah baca pasal ilmu2 kehamilan ni sebab at least saya dah
bersedia dari segi tu kalau ada rezeki nanti. Lagipun, doktor pun pesan dekat
saya jangan stress pikir pasal period saya yang tak teratur, hormone yang tak
stabil lepas kawen..sampai rezeki adalah. Dan doctor selalu cakap saya muda
lagi..walaupun saya rasa saya dah tua! Hehe…Jangn stress fikir hal anak sebab
stress pun salah satu sebab sukar hamil dari segi perubatan. Dan saya buat apa
yang dr cakap, makan vitamin yang dia bagi tanpa stess. Tak nak berharap
setinggi langit dan Alhamdulillah..rezeki nak pregnant tu dah sampai. Rezeki untuk melihat anak ini lahir
dengan sihat dan selamat ke dunia itu saya
berdoa pada Allah setiap hari.
Mudah-mudahan dia lahir dengan sihat, sempurna dan bakal menjadi hamba Allah
yang mulia akhlaknya. Moga ada rezeki buat saya & suami membesarkan dia. Setiap
yang berkahwin tu nak anak. Pada yang belum samapai rezeki tu, bersabarlah.
Kita sedang di uji. Ujian Allah tu tanda dia sayangkan kita. Jangan rasa diri
terkurang apa-apa. Cari kelebihan yang Allah dah bagi pada kita. Jangan stress,
nikmati hidup dengan suami @ isteri sebahagia mungkin. Kumpul amal & pahala
banyak2 sebab berbakti pada suami. Usaha untuk ambil apa2 supplement tapi
jangan samapi stress gila kalau tak mendatangkan hasil. Jangan give up ok!
Berbahagia dengan apa pun yang kita ada dengan cara kita sendiri. Pekakkan
telinga je dengan cakap-cakap orang. Anggap semua tu ujian. Mereka mengata kita
yang dapat pahala.
Bila rezeki tu belum sampai, fokuskan dengan apa yang kita dah ada. Nikmati kehidupan kita sebahagia mungkin. Jangan rasa rendah diri atau terkurang apa2. Sebab disebalik kekurangan yang satu tu, banyak lagi kelebihan lain yang kita ada. Jangan mengejar & mengharap sangat2 pada benda yang belum ada sampai kita terlupa untuk menikmati rasa bahagia yang sememangnya kita dah ada. Berhenti dari terus memikirkan perasaan orang lain sebab hati kita sendiri yang akan sedih. Saya faham, susah nak built up semangat diri, nak jadi kental dengan kata2 orang. Sebab banyak "mulut-mulut" yang takde filter. Dan sekental manapun hati, bila ditujah kata2 pedas, pasti terluka jugak. Kalau saya, bila tengah sedih, rasa terluka saya akan baca ayat2 motivasi, akan baca buku2 atau artikel tentang ujian Allah, tentang nikmatnya bersyukur..atau apa2 saja ayat yang boleh naikkan semangat saya. Yang boleh hentikan air mata saya. Allah SWT maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmah-Nya. Ada ganjaran besar untuk mereka yang sabar.
In sha Allah..akan sampai jugak rezeki anak tu nanti. Cepat atau lambat tak penting, yang penting rezeki tu datang dari Allah swt. Mana tahu lambat-lambat dapat kembar terus ke? Lagi best kan!
Bila rezeki tu belum sampai, fokuskan dengan apa yang kita dah ada. Nikmati kehidupan kita sebahagia mungkin. Jangan rasa rendah diri atau terkurang apa2. Sebab disebalik kekurangan yang satu tu, banyak lagi kelebihan lain yang kita ada. Jangan mengejar & mengharap sangat2 pada benda yang belum ada sampai kita terlupa untuk menikmati rasa bahagia yang sememangnya kita dah ada. Berhenti dari terus memikirkan perasaan orang lain sebab hati kita sendiri yang akan sedih. Saya faham, susah nak built up semangat diri, nak jadi kental dengan kata2 orang. Sebab banyak "mulut-mulut" yang takde filter. Dan sekental manapun hati, bila ditujah kata2 pedas, pasti terluka jugak. Kalau saya, bila tengah sedih, rasa terluka saya akan baca ayat2 motivasi, akan baca buku2 atau artikel tentang ujian Allah, tentang nikmatnya bersyukur..atau apa2 saja ayat yang boleh naikkan semangat saya. Yang boleh hentikan air mata saya. Allah SWT maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmah-Nya. Ada ganjaran besar untuk mereka yang sabar.
In sha Allah..akan sampai jugak rezeki anak tu nanti. Cepat atau lambat tak penting, yang penting rezeki tu datang dari Allah swt. Mana tahu lambat-lambat dapat kembar terus ke? Lagi best kan!
p/s: sorry kalau apa
yang saya tulis menyentuh sensitiviti mana2 pihak. Saya bercerita secara general
tidak bertujuan meburukkan sesiapa.