About Us

Wednesday, February 26, 2014

Alhamdulillah...saya dah jadi mama!

Alhamdulillah...dah selamat deliver baby boy seberat 3.5kg jam 11.48 mlm td. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Nanti saya story dekat sini k pengalaman bersalin. Terima kasih banyak2 dengan doa dan semangat yang korang bagi. Alhamdulillah...saya dah jadi seorang ibu =)


Posted via Blogaway

Monday, February 24, 2014

Menanti si kecil: Dah start cuti rehat

Hari ni dah start cuti dah. Gna mc & annual leave. Ikutkan edd dengan hospital jumaat ni. So, ad 4 hari lagi tapi baby xde pun bagi hint macam nak keluar. False alarm tu adala. Macam best je dia duduk dalam perut ni. Aktif je dia gerak. Mama dengan abah pujuk2 suruh keluar time weekend hari tu pun xjalan. Syok sgt ni duduk dalam perut. Okla baby..duduk puas2 k sbb nanti kalau dah keluar xleh masuk balik tau. Hehe...=)
Yang si mamanya ni dah puas aktifkan diri. Buat keja umah....apa yang boleh sental semua nak sental,gi jaln2, lepas tu siap ajak si abahnya jalan kaki pusing satu taman tapi tak jugak ada tanda2 nak besalin. Sakit pun sikit2 ja, tanda takde turun lagi. Sejak 3 hari ni memang perut asyik keras je memanjang. Boleh kata sepanjang masa tapi tak sakit. Kadang2 ja sakit bahagian bawah perut tapi tak kerap. Pingang pun sama sakit jugak. Tapi xsampai masa lagikan...so, tunggu..
Mana amalan yang selalu buat masa pregnant teruskan macam biasa. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya. Merasa la jadi housewife untuk seminggu ni. Syok jugak jadi housewife ni. Hari ni beranikan diri drive jugak gi giant beli barang dapur. Tapi gi tempat dekat2 ja la. Jauh2 husband xkasi.
Agaknya baby nak bagi masa mama bekepit banyak2 dengan abahnya kot. Yela lepas ni kena bkepit dengan baby lebih ckt kan. Sementara baby bagi peluang berdua ni enjoy jela...tapi baby kalau boleh janganla overdue ye. Keluar la awal sikit. Mama dengan abah dah tak sabar sangat nak jumpa sayang ni!
Kalau xbersalin jugak jumaat ni, kna gi hospital la jumpa doktor lagi. Lambat ke cepatke yang penting doa saya semuanya selamat.

Posted via Blogaway

Wednesday, February 19, 2014

Pengalaman 3rd Trimester

Disebabkan dah hampir sangat ke garisan penghujung pregnancy ni elok sangatlah update cerita pasal pengalaman masa third trimester ni.

Perubahan time ni?

First sesekali tentulah saiz badan yang dah serupa belon. Hehe..yes!.saya dah naik 14kg spnjg preggy ni. Seronok benar membela badan. Selera makan xpernah kata xde. Asyik nak makan..makan.. Dan makan je. Bila hubby tegur siap bg alasan baby yang nak makan padahal mamanya yg terlebih selera. Tapikan mmg time hjung2 pregnancy ni saya jd asyik cpat lapar je. Huhu....

Second..perut membesar dengan jayanya. Kadang2 sambil belek perut dan usap2 perut dengan hubby mesti fikir macam manala baby duduk dalam tummy ni kan. Rasa macam dah mampat sangat dah ruang untuk dia. Sebab tu selalu dia gerak sikitpun dah terbenjol-benjol perut ni. Kdg2 nampak bahagian pinggul dia membonjol je naik time baby mengeliat. Memang tergelak2 jugakla saya dengan hubby bila tengok aksi baby. Tu belum time dia menyengetkan perut mama dia ni lagila best tengok =) .Tapi dalam seronokpun tetap kena alert jugak dengan pergerakan dia.

Third, keadaan diri taklah aktif sangat macam time second trimester dulu. Time 7 bulan, 8 bulan mmg aktif sangat. Rasa kuat lagi. Duduk rumah sewa lama dulu keja naik turun tangga memang rasa kuat lagi. Time sibuk kemas nak pindah rumahpun takdela semput..kdg2 buat keja sampai lupa yang diri ni tengah preggy. Weekend tak pernah kata duduk lepak je dekat rumah. Busy ke sana sini. Tapi bila masuk 9 bulan ni dah mula rasa cepat penat, kaki pun kerap cramp. Braxton hicks selalu menyerang..kadang-kadang sampai xmampu nak jalan. Dadapun kadang2 rasa sesak lebih2 kalau time baby keraskan badan. Tidurpun memang xlena dah. Posisi badan asyik berubah je. Xselesa sangat dah. Kerap bangun tgah malam dan awal pagi nak terkencing dan time2 baby keraskan badan. Sekarang ni memang kerap dia keraskan badan. Perut pulak tinggi lagi memang rasa terhimpit jugakla saluran penafasan tu. Itu yang buat rasa sesak kadang2. Sakit pinggang dengan belakang bdanpun kerap. Dah sarat sangatkan memang macam- macam rasa ada.

Tapi..setiap apa yang saya rasa tu semuanya satu pengalaman baru dan manis untuk dikenang. Buat saya lebih menghargai susah payah dan pengorbanan mak saya masa mengandungkan saya dulu. Sayang mak sangat2!!!

Minggu ni dah masuk 39 minggu, alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik. Keadaan saya tiap kali check up pun ok. Sihat. Normal. Baby pun Alhamdulillah sihat dan tumbusaran dia pun memang dah ikut minggu cuma semua tu cakap doktor. Yang maha mengetahui Allah swt. Apapun tetap doa agar semuanya baik, sihat dan selamat sampaila melahirkan nanti.

Sayapun still aktif lagi uruskan rumah tangga..buat keja rumah, masak hari2, walaupun husband banyak tolong tapi xnak manjakan diri sangat sampai tak buat apa keja. Selagi kuat tetap nak buat lagipun time hujung2 pregnancy ni memang elok aktifkan diri kan. Masih lagi bekerja macam biasa. Esok last day keja. Jumaat ni nak start cuti dah. Ikutkan xnak ambik cuti awal seminggu. Nak je gi keja sampai bersalin tapi bila fikir balik baik duduk rumah je. Aktifkan diri dekat rumah. Kalau dekat office keja saya buat design so memang banyak duduk menghadap komputer. Keluar meeting semua saya x g dah. Kerjapun dah xde sangat. Semua saya dah settlekan awal2. So, better lagi duduk rumah. Rehatkan minda, badan...banyak aktiviti yang boleh buat.

Sayapun tak nak stress fikir bila baby nak keluar sebab semua tu Allah dah tentukan. Cuma mintak semua ok dan selamat je.

Monday, February 17, 2014

Makin Menghampiri EDD..


Minggu ni bakal masuk ke minggu 39. Kalau ikutkan tarikh jangkaan doktor in sha Allah next week lah EDD nya. Tapi saya ada dua tarikh EDD. Taktaula yang mana betul. Kalau ikut private 25hb feb. Kalau ikut KK gov 28hb feb. Kalau ikut scan pun around 26-28hb Feb EDD nya. So..time bila baby nak keluar?
Itu semua ketentuan Allah. Maybe cepat, maybe on due date or maybe jugak lambat. Buat masa sekarang, Doktor dekat hospital saya booked untuk bersalin tu suruh stay dulu dengan tarikh EDD yang KK bagi. So..ada dalam 1 minggu lebih je lagi. Phew….nervous je rasa..Tapi dalam masa yang sama tak sabar nak jumpa baby tau =)

Tanda2 nak bersalin yang kecik2 tu majority dah ada kecuali perut turun ke bawah. Sampai sekarang perut masih tinggi dan kepala baby belum engage. Huhu..dulu memula memang risau jugak nape perut tinggi lagi padahal EDD dah dekat? Tapi doctor cakap memang ada certain orang baby masuk laluan time dekat2 nak deliver. Tak semua orang jenis perut jatuh awal2. So..harapnya baby akan masuk laluan before EDD la..huhu. kalau yang sakit pinggang, belakang badan, kerap buang air kecil, air besar tu semua dah ada. Braxton hicks pun kerap sangat dah serang  tapi tanda2 besar nak bersalin macam bloody show, pecah ketuban dengan contraction je belum. Tengah menanti jugak .

Saya ni kalau ikut keturunan, anak sulung selalunya overdue. Tapi tak tahulah kan..tiap2 orang tak sama. Cuma harapnya semuanya dipermudahkan dan selamat. Kalau baby keluar lambat sikitpun takpe asalkan dia sihat, sayapun sihat dah bersyukur sangat2.

Kadang2 ada jugak bergurau dengan husband, “sekarang ni musim kemarau. Sebab tu baby xnak keluar lagi. Seronok duduk dalam perut. Sejuk..ada air cond. Dekat luar ni panasla....dia tak nak kena bedung time panas2 ni..hehe..”


Apapun harapnya kalau overdue pun janganlah sampai seminggu. Takut kena induce. Biarla baby keluar naturally bila dah sampai masa dia nak keluar. Orang cakap sakit kena “paksa” bersalin ni lagi sakit dari sakit yang natural Allah bagi. Harapnya, dapat lalui semuanya dengan mudah & selamat. Amin..

Friday, February 14, 2014

Review: Buku Diari Hamil. Catatan mingguan sepanjang pregnancy =)


Nak share dengan korang pasal buku comel ni. Sepanjang pregnancy memang nilah buku yang selalu saya tulis setiap minggu   memgikut minggu kehamilan. Namapun diari hamil kan? Bila belek2 balik catatan masa mula2 pregnancy dulu sampila sekarang ( 38 weeks) memang leh buat saya senyum sendiri. Kenangan yang tak dapat dilupakan. Memang enjoy sangat pregnancy moment!

Tajuk Buku: Diari Hamil
Penulis: Khairun Nisa' Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria & Khulwana Hanani
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM 26

Tapi..Buku ni bukan semata-mata pasal diari je. dalam buku ni ada banyak sangat panduan untuk ibu-ibu hamil start dari planning untuk pregnant sampila saat melahirkan dan berpantang. Memang best! Bukupun banyak gambar, ada catatan perkembangan baby weeks by weeks. Untuk yang suka membaca & menulis tu memang recommend sangat2 buku ni dekat korang!

Ok..jom tengok apa yang ada dalam buku ni..












Timggal 1 page je lagi diari ni yang nak ditulis. Cepat masa berlalu kan? ..

Wednesday, February 12, 2014

Persediaan Breastfeeding: Breast Pump Snow bear

Untuk awal2 preparation nak dapat baby ni saya just beli single electric breast pump je dulu. Nak tengok production susu macam mana & keserasian dengan diri nanti. Sebab ada orang cakap, tak semua breast pump yang ok dengan orang lain akan ok dengan kita. Ada kawan saya sampai 3 kali tukar breast pump barula jumpa yang serasi. Breast pump snow bear ni murah je harga. Time beli hujung tahun lepas harga RM 199 termasuk postage dan freegift. Beli dekat PumponTheGo .  


So..ni packaging dia...






BP ni boleh guna bateri ataupun plug. Baca review  ramai jugak yang cakap ok. Nanti kalau dah guna sendiri saya akan buat review pasal BP snow bear ni ok!

Korang boleh jugak dapatkan breast pump & barang baby yang lain  dekat link bawah ni:



2. Kedai Bayi Online - "http://www.thebabystore.com.my"

3. The Baby Store Malaysia - "http://www.thebabystore.com.my"

4. Kedai Bayi Online Terbaik - "http://www.thebabystore.com.my"

3. SNOW BEAR ELECTRICAL BREAST PUMP - " http://www.thebabystore.com.my/Snow-Bear-Electrical-Breast-Pump "


Tuesday, February 11, 2014

Baru cecah 1 Juta pageviews


Bukak blog pagi2 ni baru perasan ada sesuatu yang lain. Rasa macam nombor dekat pageviews tu cam banyak pulak. Bila tengok betul2 rupanya dah cecah 1 juta dahpun pageviews blog saya. Lama ambik masa nak dapat 1 juta ni. Maklumlah bukan blogger famous. Hehe.. Apapun Alhamdulillah...sekurang-kurangnya saya tahu ada yang baca atau secara tak sengaja tersinggah di blog saya =)





Sunday, February 9, 2014

Veil 04 rental- Eza

Alhamdulillah..start awal bulan 12 veil 04 ni disewakan, memang dapat sambutan yang menggalakkan daripada customer. Dah beberapa orang yang sewa. tapi saya baru dapat satu je gambar dari customer yang sewa veil ni yang diberi izin untuk share dekat blog. Ni gambar dari Eza. Dia sewa masa bulan january hari tu.  Cantik kan Eza ni?




Untuk yang berminat untuk sewa Veil 04 ni boleh refer link SINI.

Persediaan Mandian Baby

Bab nak mandi baby baru lahir ni memang saya tak pandai. Anak sedara sendiri pun kalau baru lahir memang tak berani nak pegang sebab badan baby lembut dan lembik lagi kan. saya berani mandikan diorang pun masa diorang dah 5 bulan. Tapi bila dekat anak sendiri nanti mestilah kena mandikan sendiri jugak kan walaupun baru lahir. Ok..memang nanti kena belajar dengan husband sama2 untuk mandikan baby. In sha Allah we can do it! 

Kalau ikut orang dulu2..ada yang mandi anak pegang gitu je tak yah pakai besen2 mandi ni. hehe..tu memang dah pro sangat. Tapi kiteorang ni kenala jugak beli besen mandi untuk baby. Tak berani nak mandi baby pegang gitu je. Takut gak! tempat mandi baby saya beli jenama baby Love. harga RM 23.90. Dah beli besen mandi, belilah sekali dia punya bath support. jenama yang sama jugak. Senang nanti letak baby atas bath support berjaring tu untuk mandikan dia nanti. Taklah risau sangat nak pegang dia. Harga bath support ni RM 16.90. 

Saya beli dua barang ni dekat kedai Disney baby land chain, dekat bangunan ole2 seksyen 18 shah alam. 




Thursday, February 6, 2014

Barang-Barang untuk persediaan Berpantang

Hari ni nak share barang-barang pilihan saya untuk berpantang nanti. Lepas di fikir dan mencari review sana sini, so saya decide nak guna barang2 dekat bawah ni time berpantang nanti.

Untuk luaran..saya pilih untuk guna brand Tanamera. Tapi saya tak beli satu set. Just ambik loose item je. 
Saya beli
- Herbal Bath
-Massage oil
-virgin coconut oil
-brown soap
Untuk masa nila..kalau time berpantang nanti rasa macam nak tambah lagi saya tambah. Saya beli online je. beli dekat Keperluan Ibu Berpantang. Saya dah start guna VCO tu untuk buat urutan perineum dengan minum satu sudu setiap hari start last week.




Untuk dalaman, saya decide untuk ambik suppliment shaklee. Saya ambik set asas yang ada B-complex, vitamin C Plus, vita-lea dan zinc complex. Beli dari Azie. Time beli ni hujung tahun lepas. Dia tengah wat sale untuk last year. memang dapat harga murah. Kalau korang nak beli dengan Azie, boleh jenguk FB dia dekat SINI. saya beli by cod je dengan azie sebab dia pun tinggal dekat shah alam. Dekat..so ambik by hand je =)


 Selain tu..beli stokin. Dalam gambar ambik satu je stokin. Tapi saya spare 4 stokin untuk berpantang nanti.



Nursing cover pun kira persediaan berpantang jugak kot? hehe...senang kalau nak menyusu baby dekat hospital, time gi check up dia ke, dekat rumah kalau time orang datang melawat. Takla malu sangat. Hope baby okla time menyusu bila pakai nursing cover ni. Aurat pun terpelihara =). Yang ni imah beli dekat Marissa shoppe seksyen 19 shah alam. Time beli ni ada sale.



Tungku besi. Yang ni saya beli jugak sendiri walaupun umah mak dekat kampung dah ada. senang nak guna dekat rumah sendiri. sebab saya planning bersalin dulu dekat shah alam baru balik kampung. Huhu...lagi satu, kalau habis pantang perut still memboyot lemak, boleh jugak guna dekat rumah sendiri. Saya beli dekat Marissa Shoppe. Gi beli sendiri dekat kedai dia dekat seksyen 19 shah alam. Saya beli sekali dengan sarung herba. senang. lepas panaskan tungku masuk je dalam sarung herba ni tak payah nak cari daun2 herba dan balut dengan kain batik. boleh terus guna je.



Bengkung. Saya beli dua jenis bengkung. Macam yang saya plan sebelum ni. Satu bengkung bertali yang style zig zag tu. satu lagi bengkung moden yang style "zap" je terus. Beli dua supaya senang nak basuh dan bergilir pakai. Hope consistent la pakai bengkung ni nanti. Bab nak beli bengkung nipun lama la punya pikir. Tanya orang, baca review. Last2 saya pilih yang dua jenis ni. Yang nipun beli dekat Marissa shoppe jugak. owner kedai dia siap ajarkan cara pakai lagi. hehe..



Last..losyen mustajab. Untuk sapu pada kaki dan badan. Saya tak pilih yang extra hot sebab kulit saya sensitif xleh pakai yang over panas. so pilih yang biasa je..



Pilis, param tu tak belipun lagi sebab tak tahula nak pakai ke tak. Setakat ni beli yang ni je dulu.

Wednesday, February 5, 2014

Dobi baju Baby!

Lambat nak update bab mendobi baju baby. Mana taknya masa time 36 minggu hari tu baru sibuk nak basuh baju baby. Huhu..mujur tak terberanak awal. Tolong ya bakal2 mommy jangan contohi sikap saya ni ok!

Mula2 planning nak basuh baju baby masa time  7 bulan. Get ready awal2. Tapi time tu cuaca asyik hujan je. Duduk umah sewa lama memang ruang ampai baju terhad.  Sedangkan baju sendiri dengan hubby pun lambat kering apatah lagi nak cari mood basuh baju baby kan? So..postpone la konon2 time 8 bulan nanti baru nak basuh. Sekali time tu sibuk pulak nak pindah rumah, memang penat sangat urus macam2 so..tak sempat jugak basuh baju baby. Bila dah settle semua benda yang menyerabutkan otak barula sempat nak mendobi baju baby. Alhamdulillah...sempat jugak membasuh sebelum baby keluar. Sebelum tu dah pesan dekat baby jangan keluar lagi, mama dengan abah nak pindah rumah ni..baju baby pun tak basuh lagi. Hehe...

So..nilah aktiviti masa minggu lepas. Oh..saya tak berapa nak rajin nak cuci tangan semua baju baby. Huhu...Baju yang berwarna je yang saya cuci tangan. Yang putih semua masuk mesin basuh je. Tapi sebenarnya yang cuci tangan tu lagi banyak dari yang basuh dengan mesin. Hehe..semangat, semangat!




Bila dah ampai semua pakaian dia rasa syahdu sangat. Tak tahulah nak describe macam mana perasaan tu.




Rindu si anak tapi dalam masa yang sama ada rasa takut, risau dan macam2 lagilah.Sekarang ni banyak kes mak & baby kan..

Orang tua2 cakap takleh terlebih excited sangat selagi anak tak keluar. Kita tak tahu apa nak jadikan. Yang mampu, doa yang baik2 semoga semuanya dipermudahkan.

Minggu ni dah masuk 37 minggu tapi baby belum bagi hint pun nak keluar. Takpelah..asalkan semuanya baik2 dan selamat saya dah bersyukur sangat.

Tuesday, February 4, 2014

beli barut baby Online

Before ni dah beli barut untuk baby tapi 4 helai je warna putih. Then, nak tambah lagi yang bercorak ataupun berwarna plain. So, try jugak cari2 dekat online shop. Target nak beli yang lebar dan panjang sikit dari dulu.
Kalau korang nak beli barut baby yang plain atau bercorak..bolehlah jenguk2 dekat page online shop saya di  SINI . saya buat design barut ni lebih lebar & panjang dengan harga yang murah.
Ni barut baby yang saya jual
harga
1 pc RM 6
5 pcs RM 28
10 pcs RM 50
Boleh ke page online shop saya atau wassap 0196310065 untuk tempahan =)

Monday, February 3, 2014

Review Buku: Hebatnya Susu Ibu


Hari ni  nak buat review sikit pasal buku yang best ni. Bila bakal jadi mak orang, si ulat buku haruslah jugak baca buku2 bab keibubapaan ni. Ok..buku ni saya beli time jualan gudang dekat karangkraf last year. Tertarik sebab buku ni colourful sangat lepas tu penuh dengan gambar. Tengok isi kandungan pun macam best, sebab tu grab je.

Tajuk Buku: Hebatnya Susu Ibu!
Penulis: Rita Rahayu Omar
Penerbit: Karangkraf
Harga: Rm 23.00

Tapi time saya beli hari tu, ada diskaun 30%, so harga jadi RM 16.10 saje. Untung kalau beli time book sales ni. Jimat banyak. Tak silap, bulan ni ada lagi pesta buku dekat karangkraf. So, kalau nak cari buku2 best keluaran karangkraf dengan harga murah, mesti pergi ok!

Buku ni bagi panduan dekat para ibu & bakal ibu dalam persediaan untuk menyusukan anak dar A sampailah Z. Tentang kebaikan susu ibu, cara nak menyusukan anak, makanan yang baik untuk penyusuan, pemilihan pam payudara, tips penyimpanan susu untuk ibu yang bekerjaya dan banyak lagi tips2 berguna!! Ada jugak perkongsian pengalaman ibu-ibu yang menyusukan anak secara eksklusif.

Planning  saya memang nak fully breastfeeding anak bila dia lahir nanti. Hope tercapailah impian tu. memang kena kuat emosi fizikan & emosi untuk breastfeeding anak ni. Lebih2 lagi bagi yang bekerja. Panduan dalam buku ni pun lengkap. Selain baca buku, blogwalking pasal breastfeeding dekat website & blog orang, saya ada dapatkan jugak panduan dari family lebih2 lagi dekat mak, mak mertua & kakak saya. Banyak tips yang saya dapat cuma bila dah praktik sendiri nanti barulah tahu macam mana kan. Ilmu tu harus ada tapi pengalaman pun sama penting. 

So, buku ni memang salah satu panduan untuk penyusuan terbaik untuk anak. Ok..jom tengok sikit sebanyak apa yang ada dalam buku ni. Buku ni antara buku yang terlaris tau keluaran karangkraf!

















Sunday, February 2, 2014

Dah ada unifi!

Baru pasang unifi dekat rumah pagi ni. Ok..Dah senang keja husband. Wife pun senang jugak nak update blog dan jejalan blog orang lain. Hehe..haruslah menumpang suka sama even mula2 dulu rasa xnak pakai unifi ni lepas line steamyx xde dekat kawasan umah sewa baru ni.
Hope xde sebarang masalahla pakai unifi ni. Dlu masa dengan Streamyx ok, hope unifi pun ok. Dah upgrade haruslah lg baik kan?..